Tuesday, December 28, 2010

Terkene perangkap lagi..


hm.. x sangka betul.. sll je terkena perangkap. bodoh betul aku.. mudah sgt percaya.. hm.. terperangkap dgn kata2. tindakan. semata2 utk menyebabkan aku rase bersalah? then leh dapat pancing aku?igt aku xperasan ke cara korg tu? camon la.. aku bkn bdk2 pun. dh 2 kali dh kene gini, this last one.pe yg korg nk sebenarnya? no more after this.

kahwin....

mgu lepas adalah perkahwinan kawan aku.. yg sll aku msg dulu.. skrg sudah jadi isteri org.. tahniah.. tak terucap oleh kata2.. semua perasaan ada, gembira, seronok, terharu sbb dia telah bergelar isteri org.. Allhamdullih.. Barakallahulakuma a'laikum... SELAMAT PENGATIN BARU HUDA DAN ADLAN.. doa agar kamu murah rezeki dan bahagia sehgga akhir hayat.. amin~

Sunday, December 19, 2010

Last Management praktikal di temerloh


21 September 22, 2010 hari isnin. Hari 1 st posting management aku di wad K14 multidiciplin di temerloh,hoshas. Wad ni adalah day care dl, tapi sbb kn semakin ramai pesakit di Malaysia 2 lagi wad di buka di cn. Ade improvement sbb smkn ramai org sakit kt mlysia. Mmg aku dapat rasakan lain lain posting yg seblum2 ni. Sbb kali ni kene manage, mcm jadi manager la. Mmg bsy x menang tgn nk setelkan pt, aku di tempat aku incas ade 5 org pt. 1 under psy. Pada pagi cmcm bese amik report, then buat bed making. During buat bed, aku ask junior student nus to do sponging or jus lap2 one of the pt. but they buat muke kt aku. Aku pun terus mls nk suruh diorg wat keje. Lantak la diorg, bukan aku suruh sbb aku senior, tapi sbb dlm mx kene delegate tugas kepada org yg sepatutnye dpt tgs. 1 st day aku pas report.. ketar2 beb.. hahahahak… mcm x caye lak..tp hari kedua dah ok, ade confident pas report.. huhu..

23 sep, aku keje shift pagi. Masa pass report, staff nurse mlm ckp ade pt name die Z****** turun dari katil dan merangkak ke arah tempat yg tak tahu mane. Then pt ni di letakkan under psykatric. Hari yg same dlm pkl 10, dr nk insert tiub kt hidung utk mkn, tp die melawan. Tgn die dh di ikat sbb die bertindak ganas. Di sbb kn 3 hari x mkn n mnm, bdn die spttnye lemah. Tp masa buat ryles tiub bdn die sgt kuat. Shgga kami 4 org staff lelaki, 2 Doc, 2 student nus pgg die utk msk kn tiub still x boleh. Die melawan. Tenaga yg pelik aku dpt rase kan dan sgt kuat utk org yg berumur 60 thn dan x mkn 3 hari. Kita kalau puasa pun mcm tidak ade tenaga.Ubt pun die x mkn, jadi macam mane nk sembuh. Selepas 2 hari, aku tgk pt ni dh ok. X di ikat tgn2 die. Pelik betul. Macam mana boleh sembuh.

24 sep,kali ini aku manage pt kt isolation. Patient kt dlm tu semua infectious. Masa aku manage, ade 5 pt, then discharge tgl la 3 org. 2 HIV po+ pt. semua sbb dadah. DADAH tu MUSUH NEGARA!! Mcm biasa manage pt gn, gune precaustion. Ubat2 yg biasa utk diorg ni bacterin, pe lagi ek, lupe plak. Ade byk bende blaja dari diorg ni. Ubt2 yg pelik2 sbb x dpt jmp di pt yg bese. Bile dh nk hbs shift ade masa free aku pun borak-borak dgn isteri pesakit yg bernama A**** 36 thn, pt tu kelihatan tenat. GCS 8 dgn byk underlying penyakit. Ketika aku mula berbicara dgn isteri die mcm x mahu utk bercerita. Setelah aku bertye, kemudian dia pun menceritakan sejarah hidup mereka. Mereka berkahwin pada usia 19 thn, pada waktu itu mereka masih muda dan A pun seorang yg kuat kerja mencari nafkah. A bekerja sentiasa bertukar-tukar, namun bkn kerana masalah dlm pekerjaan, tetapi dia sukakan cabaran. Setelah memdapat anak sulung, A mula berubah. Dia kerap keluar malam, blk lmbt. Dia juga merupakan seorang mat rempit di Bandar. Mempunyai ramai geng-geng. Semua nya bermula pada 8 thn lalu dimana A mengambil ganja, isterinya sedar dan melarang, tapi die hnya cakap ambil sedikit sahaja. Kemudian die mengambil dadah. 4 thn kemudian, dan die disahkan menghidap HIV + .. isterinya sukar utk terima namun apakan daya itu adalah suaminya. Keluarga isterinya mengata yg isterinya bodoh kerana masih bersama suami nya, mereka minta supaya mereka bercerai. Tapi isterinya tidak mahu. Begitu kuat nya isteri setia kepada suami. Menurut isterinya, selepas sembuh A, dia ingin menghantar A ke pondok utk belajar agama, A sgt penyayang kepada anak-anaknya dan isterinya. Mereka selalu bersama. tapi apa kan daya, umr nya tidak pnjg. A ditakdirkan meninggal di hospital pada hari yg aku off ( sabtu dan ahad). Apa-apa pun aku memohon agar roh arwah dirahmati.

Thursday, December 9, 2010

Belajar

Belajar dari erti hidup dengan bertemu manusia yg pelbagai ragam. Di sbb kan aku ni tiada nama, takda org yg mengenali aku, tiada kepentingan, seperti biasa respon manusia seperti yg di jangkakan. aku di tinggal kan bersendirian. Aku hanya nk tumpang sahaja sbb aku tiada transport. Sbb tiada la nama aku ni, camtu je. Anak orang Fames selamber je di tumpangkan, walaupun jauh nk kene pusing. Biasa la tu, manusia.

Mulut x pandai jaga, cakap macam dunia dia yg punya. Macam mana nk orang sekeliling respek if mulut x respek kt orang lain. Cakap elok-elok, ada step kalau nk marah pun. Kita ni manusia, ada rational. Jangan ckp main lepas je. 1 hari nnt kene baru tau erti jaga mulut.

tu je..
semester baru nk masuk dah, my last sem. bye

Thursday, November 18, 2010

Pengalaman baru part time


Selama ini aku berada dalam dunia yang agak terasing, dunia perubatan. Kali ini berada dalam dunia pulak iaitu dunia hiburan. byk aku belajar dari mereka apakah erti hidup. sepanjang aku bekerja part time di IB aku temui pelbagai jenis manusia, pelbagai latar belakang. hebat2 semua nya. aku rasa aku yg paling junior dan kosong. biasa lah, bidang yg aku baru je terjun ni.

Semalam aku belajar byk benda dengan seorang pengarah terkenal ini. Walaupun dia tak mengajar aku secara langsung, dia ajar org lain.hehe. ttp aku berusaha utk belajar darinya. peluang ini mmg susah nk dpt. Monolog, dialog dan pelbagai lagi. teknik Feeling yg perlu ada pada setiap karekter itu. Jika fail monolog maka fail lah theater itu. kerana monolog dalam cerita ini berada pada hujung cerita.So, kene hidup kan monolog itu.

Tq pengarah..

Saturday, October 30, 2010

Hargailah



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tuesday, October 26, 2010

Indah nya Akhlak mu tiada tandingan..


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

Saturday, October 9, 2010

Serikawan


aku dh serik dahh...

kwn, ada yg baik,
kwn, ada yg membantu,
kwn ada yg ambil kesempatan,
kwn ada yg kedekut,
kwn ada yg hnya di benci,
kwn ada yg sedih bersama,
kenapa insan perlu berkawan?
kenapa perlu ada kwn-kwn?
boleh hdp tanpa mereka?
soalan ini hanya kwn dapat menjawab..

Sepanjang hidup


Dugaan hidup ada pelbagai-bagai. setiap org dugaan berlainan, begtu juga dugaan. tuhan suka menduga hambanya, hanya utk menguji sekuat mana insan itu. sejauh mana yang mampu insan bertahan. orang kaya dengan pemberian harta, org miskin dgn kesusahan tiada wang.
Pernah dugaan yg hadir, lalu di tempuhi. syaitan sudah bergembira bersorak, tapi mereka menangis kerana hamba Allah menghadapi dgn kuat. Adalah sudah hampir di sudut maksiat itu, tapi Allah syg hambanya kerana itulah Allah telah menyelamatkan nya. byk kali berlaku cubaan sebegitu, tapi Allah sentiasa menjaga nya, terima kasih Allah.. SHUKRAN YA ALLAH

Friday, August 27, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!





Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.



(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

JANGAN ENGKAU KAHWINI YANG 6


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".



1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.



2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.



4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.





5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.



Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Tuesday, August 24, 2010

Perlukah berbelanja besar utk kesihatan?



Perlukah berbelanja besar utk bidang kesihatan? terutamanya utk mengubati penyakit? hari ini kita dapat melihat negara kita berdepan dengan masalah economi yg tidak menentu diseluruh dunia. Bagaimanakah utk di salurkan kewangan utk kesihatan jika masalah kewangan global?

Pada hari ini kita perlu realistik dan memandang negara maju sebagai petunjuk utk berhadapan dgn krisis ini. kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesihatan dan pendidikan rakyat nya.Jika tidak di rancang awal-awal, suatu hari nnt negara kita akan menghadapi maslah besar dimana kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsisidi yg besar terhadap bahagian kesihatan. Jesteru harga utk rawatan akan melambung naik dan akan membebankan rakyat. Utk mengelak ini dari terus berlaku, negara perlulah melaksanakan kempen pencegahan terhadap penyakit. Dimana negara yg maju tidak ada maslah dari segi merawat penyakit. Rakyatnya mula mencari pencegahan awal. Utk melaksanakan ini bknlah senang. Antara halangan adalah tahap pendidikan masyarakat dan juga kesedaran.

Pendidikan masyarakat mengenai kesihatan.

Isu pendidikan kepada masyarakt terletak pada bahu jururawat. Kerana jururawat lebih rapat dgn pesakit.Contohnya dalam wad, doctor hanya datang 1 kali atau 2 kali sepanjang shift bekerja. Tetapi jururawat berada bersama pesakit dari mula sampai hbs shift bekerja. Soalan byk diajukan kepada jururawat sepanjang hospital ketika doctor tiada. Contoh, bolehkah makan telor selepas bersalin? soalan ini diajukan kerana doctor jarang bersama mereka. Disini peranan sebagai pendidik atau educator perlu di mainkan seperti jururawat di negara barat.

kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah)set bp ini contoh sahaja

Kembali kepada masalah berbelanja besar, kerajaan hanya perlu berbelanja besar pada mulanya utk langkah pencegahan. Saya memberi contoh mengadakan kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah).Supaya kesedaran mengeani bahayanya darah tggi dalam keluarga dapat diterapkan dan seterusnya menjaga kesihatan 1 keluarga. Peranan jururawat amat penting (semasa pemberian secara subsidi bp set) kepada keluarga agar mereka tahu kegunaan dan apakah langkah berjaga (pendidikan kesihatan). Jika dihitung tanpa subsidi dari kerajaan, 1 set bp harga +-RM 200 manakala kos bagi rawatan utk ubt darah tgi, hospital dan pembedahan (komplikasi jantung, buah pgg) melebihi rm 1000. Dan itu adalah harga bg hanya seorang sahaja dlm keluarga berbanding 1 keluarga rm 200.

Jika dibahaskan kerajaan sudah sediakan perkhidmatan klinik di desa. Tidak semua masyarakat mempunyai kemampuan utk ke klinik. Kerana mereka perlukan masa, kepada golongan yg bekerja. Manakala warga emas pula mereka perlukan anak mereka yg bekerja utk menemani ke klinik. Kesedaran utk ke klinik adalah salah 1 masalah di mana mereka perlu menunggu utk bertemu doctor utk memeriksa kesihatan sedang jika di implemen kan 1 keluarga 1 bp set mereka hanya perlu memeriksa dirumah sahaja. Jimat masa, wang dan tenaga. Selain itu, klinik tidak akan sesak lagi dengan masalah-masalah yg ringkas seperti mereka yg datang memeriksa kesihatan kerana dapat dilakukan dirumah. Jika ada tanda-tanda yg tidak normal baru mereka ke klinik atau hospital utk pemeriksaan selanjutnya. Dalam masa yg sama dapat mengurangkan beban doctor dan jururawat yg bertugas.Dan akhirnya mereka dapat jalankan tgg jwb dgn kompeten dan telus.

Wednesday, July 14, 2010

Professional kah wanita jika menjadi ketua?

Kebanyakkan zaman skrg adalah wnita menjadi ketua, pemimpin. Tetapi setakat mana kebolehan mereka? mmg tidak dinafikan mereka layak dan hebat ketika menjadi ketua, tetapi mereka tidak boleh lari dari emosi. kadang2 emosi yg keterlalauan yg tidak kene pada tempat nya. perasaan dengki sesama lain, menjadi seperti vena yg terbesar dlm bdn manusia. senang dikatakan seperti urat yg kuat di batang pokok. buruk sangka antara 1 sama yg lain, walaupun tiada niat apa apa.

Organisasi tidak stabil dan boleh runtuh jika mereka tidak boleh mengawal diri mereka. ,ereka menyatakan mereka benar, betul mereka benar. tapi jgn sampai memburukkan org lain. manusia perlukan toleransi dan manusia bukan robot. MANUSIA di cipta oleh Allah utk berfikir, tolong 1 sama lain. mmg betul ada undang2 dan tatatertib kerja. tapi semua itu perlukan toleransi. tegas perlu ada pada tempatnya. kepada para ketua terutama wanita tolonglah rujuk kembali kepada Rasullullah. bagaimana jadi ketua.

Monday, June 21, 2010

OT

masa praktikal kt ot.. proses pembelajaran informal bermula...huhu



sedation


scrub set

uniform

Saturday, June 19, 2010


melawat OKU (blind)

peluang hanya sekali

Peluang hanya sekali, hm.. pernah ada 1 masa diamana keputusan yg sukar utk dilakukan kerana ia melibatkan perubahan dalam hidup kita. keputusan yg akan mengubah masa depan, kerja apa, tinggal dimana, belajar dimana. tapi aku tak pandai utk melakukan dan memikirkannya. byk kali peluang dtg, tapi skrg nk tunggu dan mencari peluang tu dah tiada. so penyesalan yg ada byk duk pk dlm kepala ni. so, skrg dh boleh fikir, kita kene guna peluang tu setakat yg boleh utk memajukan diri kita pada masa depan. MAlaysia Boleh!!

bingkisan neuro

salam~

cerita alkisah mengenai seorang telah excident lori. mengikut sumber, die keluar waktu pagi sebelum matahari ternit lg. kemudian, die terbaring kt tepi jln, tp lori tedrsebut masuk gaung.. die mengalami pendarahan di otak dan berjaya di selesaikan . cume die mengalami sikap yg agresif dan maslaah utk mengingati saudaranya, termasuk tunangnya. alangkah sedihnya melihat ayahnya pun tidak di kenali, termasuklah adik beradik yg lain.

kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka, begitu kuatnya semangat laki itu kerana mengikut doctor perkembangan dia sgt cepat jika dibanding dgn pesakit yg sama dgnnya. pada pendapat aku mungkin kerana sokongan emosi berterusan membuatkan pesakit improve dgn cepat sekali.

begitu kuat dugaan terhadap psgn ini. tunangnya dtg tiap2 hari walau tidak di kenali olehnya namun tak putus asa. akhirnya rahmat tuhan , mereka di ijabkabulkan pada hujung tahun ini. insyallah..

Friday, May 14, 2010

cmc ointmet??

Cmc for healing parut jerawat, not also use for eyes, but for laceration wound. Patient name marzuki who admitted due to MVA collition with car and he had lasceration wound at forehead

ward peadatric

lokasi.. hospital temerloh. wad 2 melor.


mgu ini sgt bes sbb byk pengajaran,...

1. kanak2 dlm wad ni ada syndrome white kot.. yakni bdk2 tkt ngn org yg pakai uniform.. nurse doctor n so on.. hari fisrt diorg ok lagi sbb x kenal.. hari seterusnya diorg ngis tgk.. walopun aku lalu je.. hehe..

2. vital sign lame gile. sbb 1 je dinamit yg ok. tambah lagi kerjasama dari kanak2.. ada yg ngis.. ada yg lari.. fuh.. macam2

3.hari khms, aku tangkap ada seorg bdk laki yg melarikan diri. hehe.. padal die dh leh discharge, so staff nurse nk buang jarum.. kanak tersbut lari kearah pintu keluar .. pastu aku tangkap die..hehe.. n then die ngis.. lepas cabut je branula, die ckp "bodo a, waaaaa....(sambung ngis)" huhu..dpt bodo free hari tu..

4. ada seorang adik ni.. cyan die.. 5 thn girl.. dehyrated, die cam tkt msk hsptl, aku pujuk die mkn..mak die pun pujuk.. mule2 xnk pastu lps tye die suke mkn apa aku pun terus beli utk die.. sup ayam.. alhamdullih die mkn.. walo cket2.. gembira tgk diorg sihat... aku percaya sihat tu dtg dari mental, so aku fix mental die supaya mkn n mnm air byk2.

Monday, March 22, 2010

02. Can't Let You Go Even If I Die

02. Can't Let You Go Even If I Die
translation by: frostedsnow (also credit: aheeyah.com)

Even if I'm young, pain is all the same
Even if you say I don't know how the world is like, I know what pain is
You say I'll get better, but why did you lie?
How can the pain in this heart ever get better?
How can I live without you? So, I…

Can't let you go even if I die
How could I let you go?
If you're going to go and leave me, fix my heart first,
So that it doesn't hurt, so that I can keep on living,
Because if you can't, I can't live on anyways
Can't let you go even if I die

No matter how much you push me away
I'll keep holding tight onto you until the very end
So that you can't go anywhere
If you really do plan to go, just lie to me
Ask me to meet you again tomorrow, smile and say we'll see each other
Tell me that your suggestion to break up was just a joke, or else I...

Can't let you go even if I die
How could I let you go?
If you're going to go and leave me, fix my heart first,
So that it doesn't hurt, so that I can keep on living,
Because if you can't, I can't live on anyways
Can't let you go even if I die

We went through so much together during that time,
How can you come to me now, and tell me to live my life alone?
I can't do that, I can't…

Can't let you go even if I die, I really can't
How could I let you go?
If you're going to go and leave me, fix my heart first,
So that it doesn't hurt, so that I can keep on living,
Because if you can't, I can't live on anyways
Can't let you go even if I die


lirik ni sgt bes... :) huhu..

Sunday, March 14, 2010

posting di wad mental

Posting di wad psyikatrik dan mental,kuantan

March 2010

Mula2 posting di klinik psykatrik. Selain dari klinik, ada pusat pembahagian methadone iaitu dadah jenis senthetic bagi mengggantikan ketagihan morphine,heroin dan cocaine. Methadone adalah dadah jenis shentehetc yg mempunyai sifat yg sama kecuali dapat kurangkan ketagihan kepada drug addict supaya mereka dapat bekerja utk 1 hari. Tempoh percubaan utk pengambilan meethadone adalah 2 minggu. Methadone adalah utk merawat ketagihan ketika pesakit bekerja. Jadi ia tahan utk 1 hari sahaja sekali minum. Minum pulak perlu dilakukan di hadpaan pharmasi di klinik methadone. Pengambilan methadone ini adalah tiap2 hari sebelum mereka pergi kerja. Menurut encik MA yg bertugas ketika itu, methadone hanya di beri jika ujian air kencing –ve dadah. Jika positif mereka perlu dtg lagi 3 hari utk buat clearance. Sebelum methadone di beri kepada pesakit, ujian LFT or liver funtion test perlu di lakukan kerana jika abnormal, rawatan methadone tidak perlu kpd pesakit itu kerana boleh membahayakan nyawa. Menurutnya lagi, mngikut kajian, Rawatan methadone jimat jika dibandinkan dgn kos rehabilatasi di pusat serenti. Jika sebulan modal utk methadone rm200 utk seorang, manakala pusat serenti rm5000. Terdapat macam2 taktik drug addict utk meneutral kan urine, salah 1 nya adalah dengan meletakkan syiling ke dlm bekas urine. Perah limau nipis dan taktik itu berjaya. Utk mengelakan itu berlaku, mereka perlu melakukan urine dalam pemerhatian kakitangan.

Di klinik dgn pesakit dan Doctor Ramli
Ada seorang pesakit dtg dgn ayahnya. Dia mempunyai masalah agoraphobia dimana dia takut utk ke tempat awam yg ramai org. jd doctor menasihatkan dia utk pegi ketempat bandar sorg diri tanpa di temani ayah nya. Dia badannya gempal dan dia ada masalah schizopherinia. Doctor telah menambah dos ubat supaya dia lebih berani utk keluar. Dia adalah seorang pelajar yg mempunyai kelulusan pertanian vokasional. Dia berumur 20 tahun, nama dia saya tak igt. Dia juga ada mengambil ubat yg tidak sepatutnya dia ambil kerana ubat itu boleh menambahkan berat badannya. Ubt itu diambil di klinik sewaktu umur 12 thn dulu. Menurut Dr lagi, pesakit keaadan pesakit semakin baik jika di bandingkan 3 bulan lalu. 3 bln lalu pesakit tidak byk bercakap, muram, tanya sepatah jwb sepatah. Tapi pada hari ini pewsakit byk ckp. Doctor byk menanyakan open question utk melihat respons.

Di wad laki dan wanita.
Mengenali pesakit yg bernama khairul, anuar, mat, nabil, semua adalah nama gelaran mereka. Di wad laki. Ramai lagi. Ada seorang pakcik, dia ada masalah schizo. Dia menceritakan yang ada anak PM najib kerja di wad itu. Dan dia sentiasa sebut mengenai parlimen. Dia juga menyebut yg dia kenal hussein on dan Abdul Razak. Usia pakcik tu dalm 60 thn. Anuar pula ada mslh stupor. Mat ada dgr suara dan mood ide boleh berubah. Dia yg marahkan cikgu dan kemudian melarikan diri waktu waktu exercise di rehab centre. Seorang cina ada masalah obssevie compulsive disorder. Dia ulang tindakkan nya seperti memakai selipar berulang kali dan keluar masuk depan pintu byk kali.

Di wad wanita pula mengenali ain, putri,mimi dan ramai lagi nama gelaran mereka. Ada yang usia muda, sangat kesian kerana mereka masih muda dan jauh lagu perjalan hidup. Tempoh yg sekejap posting di sana cukup membuat kan saya berat hati utk meninggalkan mereka. Perempuan ramai yg ada masalah bipolar disorder, ttb mood berubah dan marah dan pukul2 org. ada yg hyperactive. Ada yg beri saya nota supaya belajar bersungguh dalam peperiksaan, wanita tak nampak sangat sakit mental tapi laki nampak. Saya sentiasa mendoakan supaya mereka sembuh laki dan perempuan.

Saturday, February 13, 2010

perempuan oh perempuan

perempuan oh perempuan


These are the 9 famous words that women loves to use..

(1) Fine:
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes:
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing:
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead:
This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh:
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) Okay:
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks:
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever:
Is a woman's way of saying *&^%$ YOU!

(9) Don't worry about it, I got it:

Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.

Friday, February 5, 2010

penat sudah

aduh.. personally.. memang lumrah manusia, apabila susah datang la cari orang nk mintak tolong. bila senang, kutukkan dan umpat adalah makanan mereka. pandai betul mereka bermuka-muka.

Sunday, January 31, 2010

Demi kemenangan sanggup buat apa saja?


salam..


Topic nk di bincangkan hari agak pelik sikit. Saya ingin mengupas isu ini dari sudut pandangan saya. harap sama sama kita berfikir.


Isu halal dan haram adlah jelas dan ketara dari sudut islam itu sendiri. kecuali darurat yg dibenarkan. contoh keadaan yang tidak darurat tidak perlu menghalalkannya. sebab jelas ianya ketara.


Hari ini saya sedih, kerana mereka yang mempunyai pendirian agama yang teguh sanggup menghalalkan cara demi kejayaan. yg paling sedih adalah mereka bukannya menetang kafir Quraish, akan tetapi umat islam. segala fitnah dilakukan untuk menjatuhkan seseorang. bila di tanya mereka menjawab, itu bukan fitnah, cuma memberitahu. bertambahlah parah hati saya yang sedih ini.


Lagi parah apabila golongan ini sepatutnya menyeru dan berdakwah tetapi melakukan perbuatan yang amat keji seperti menampal poster yang memburukkan orang lain. tetapi apabila mereka menang, mereka puas.


Rasuah sudah pun bermula di peringkat remaja lagi, dalam diam kita tidak perasan seperti pemberian berbentuk hadiah. Tidak hairanlah jika mereka sanggup beri dan terima rasuah apabila sudah berkuasa. Rasuah boleh terdapat dalam pelbagai bentuk.bukan duit sahaja, boleh jadi makanan, alat elektronik dan pelbagai lagi. Jika islamlah perjuangan, rasuah bukan halal ketika saat ini.


Jika perjuangan kamu adalah atas dasar Islam, berjuanglah dengan cara yg betul berpandukan Al Quran dan Assunnah. nescahaya semua akan menyokong, termasuklah diri saya.
akhir kalam, serulah diri kita dahulu sebelum membuat perubahan kepada orang lain.
sekian,
zys

Thursday, January 28, 2010

sad=mad=bad


salam alaik!!

Apa yg dpt dikait kan perkataan d ats ini ? sad akan sbb kan kita jd mad... dan mad akan menjadikan kita bad..itu adalah ape yg aku belajar di dalam kelas hari ini. kelas pykatrik. klas ini sangattlah menarik sebab kita blejar mengenai manusia dan masalah2 mental.

Kenapa ada pesakit masalah mental ini? kenapa mereka jadi begitu? jawapan ada pada kita, iaitu masyarakat. pesakit mental menjadi begitu disebabkan kita. dalam erti kata lain Mad society. meraka menjadi gila disebabkan masyarakat yg gila. mereka gagal memahami masyarakat itu sendiri disebabkan masyrakat itu.


Credit to Dr. umeed Ali khan for though us about mental health. He said that teacher are not to give memory to the student. but to make subject intresting so that the student can find by themself. student can read books if they want memory.



Human brain is like computer, where mind is the programme. yes i agree with you and he left us with 2 answer expertice are still debating about it. people have problem wth mind without brain damage? and people can have problem with brain damage?



Sebenarnya, dalam kita tidak sedar, kita mempunyai masalah mental. walaupun kecik mane. contoh nya paranoid. sentiasa berburuk sangka contohnya, kawan berbisik kita sangka mereka sedang umpat kita. oleh itu, nabi Muhammad mengajar kita berfikiran positive dalam pelbagai aspect dari terjerumus masalah mental.



subjek mental health amatlah menarik sebab kita boleh mengenali diri sendi dan masyarakat dari perpektif berbeza.

sekian

~zys~

Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin

Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...