Sunday, January 31, 2010

Demi kemenangan sanggup buat apa saja?


salam..


Topic nk di bincangkan hari agak pelik sikit. Saya ingin mengupas isu ini dari sudut pandangan saya. harap sama sama kita berfikir.


Isu halal dan haram adlah jelas dan ketara dari sudut islam itu sendiri. kecuali darurat yg dibenarkan. contoh keadaan yang tidak darurat tidak perlu menghalalkannya. sebab jelas ianya ketara.


Hari ini saya sedih, kerana mereka yang mempunyai pendirian agama yang teguh sanggup menghalalkan cara demi kejayaan. yg paling sedih adalah mereka bukannya menetang kafir Quraish, akan tetapi umat islam. segala fitnah dilakukan untuk menjatuhkan seseorang. bila di tanya mereka menjawab, itu bukan fitnah, cuma memberitahu. bertambahlah parah hati saya yang sedih ini.


Lagi parah apabila golongan ini sepatutnya menyeru dan berdakwah tetapi melakukan perbuatan yang amat keji seperti menampal poster yang memburukkan orang lain. tetapi apabila mereka menang, mereka puas.


Rasuah sudah pun bermula di peringkat remaja lagi, dalam diam kita tidak perasan seperti pemberian berbentuk hadiah. Tidak hairanlah jika mereka sanggup beri dan terima rasuah apabila sudah berkuasa. Rasuah boleh terdapat dalam pelbagai bentuk.bukan duit sahaja, boleh jadi makanan, alat elektronik dan pelbagai lagi. Jika islamlah perjuangan, rasuah bukan halal ketika saat ini.


Jika perjuangan kamu adalah atas dasar Islam, berjuanglah dengan cara yg betul berpandukan Al Quran dan Assunnah. nescahaya semua akan menyokong, termasuklah diri saya.
akhir kalam, serulah diri kita dahulu sebelum membuat perubahan kepada orang lain.
sekian,
zys

No comments:

Post a Comment

Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin

Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...