Tuesday, August 24, 2010
Perlukah berbelanja besar utk kesihatan?
Perlukah berbelanja besar utk bidang kesihatan? terutamanya utk mengubati penyakit? hari ini kita dapat melihat negara kita berdepan dengan masalah economi yg tidak menentu diseluruh dunia. Bagaimanakah utk di salurkan kewangan utk kesihatan jika masalah kewangan global?
Pada hari ini kita perlu realistik dan memandang negara maju sebagai petunjuk utk berhadapan dgn krisis ini. kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesihatan dan pendidikan rakyat nya.Jika tidak di rancang awal-awal, suatu hari nnt negara kita akan menghadapi maslah besar dimana kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsisidi yg besar terhadap bahagian kesihatan. Jesteru harga utk rawatan akan melambung naik dan akan membebankan rakyat. Utk mengelak ini dari terus berlaku, negara perlulah melaksanakan kempen pencegahan terhadap penyakit. Dimana negara yg maju tidak ada maslah dari segi merawat penyakit. Rakyatnya mula mencari pencegahan awal. Utk melaksanakan ini bknlah senang. Antara halangan adalah tahap pendidikan masyarakat dan juga kesedaran.
Pendidikan masyarakat mengenai kesihatan.
Isu pendidikan kepada masyarakt terletak pada bahu jururawat. Kerana jururawat lebih rapat dgn pesakit.Contohnya dalam wad, doctor hanya datang 1 kali atau 2 kali sepanjang shift bekerja. Tetapi jururawat berada bersama pesakit dari mula sampai hbs shift bekerja. Soalan byk diajukan kepada jururawat sepanjang hospital ketika doctor tiada. Contoh, bolehkah makan telor selepas bersalin? soalan ini diajukan kerana doctor jarang bersama mereka. Disini peranan sebagai pendidik atau educator perlu di mainkan seperti jururawat di negara barat.
kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah)set bp ini contoh sahaja
Kembali kepada masalah berbelanja besar, kerajaan hanya perlu berbelanja besar pada mulanya utk langkah pencegahan. Saya memberi contoh mengadakan kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah).Supaya kesedaran mengeani bahayanya darah tggi dalam keluarga dapat diterapkan dan seterusnya menjaga kesihatan 1 keluarga. Peranan jururawat amat penting (semasa pemberian secara subsidi bp set) kepada keluarga agar mereka tahu kegunaan dan apakah langkah berjaga (pendidikan kesihatan). Jika dihitung tanpa subsidi dari kerajaan, 1 set bp harga +-RM 200 manakala kos bagi rawatan utk ubt darah tgi, hospital dan pembedahan (komplikasi jantung, buah pgg) melebihi rm 1000. Dan itu adalah harga bg hanya seorang sahaja dlm keluarga berbanding 1 keluarga rm 200.
Jika dibahaskan kerajaan sudah sediakan perkhidmatan klinik di desa. Tidak semua masyarakat mempunyai kemampuan utk ke klinik. Kerana mereka perlukan masa, kepada golongan yg bekerja. Manakala warga emas pula mereka perlukan anak mereka yg bekerja utk menemani ke klinik. Kesedaran utk ke klinik adalah salah 1 masalah di mana mereka perlu menunggu utk bertemu doctor utk memeriksa kesihatan sedang jika di implemen kan 1 keluarga 1 bp set mereka hanya perlu memeriksa dirumah sahaja. Jimat masa, wang dan tenaga. Selain itu, klinik tidak akan sesak lagi dengan masalah-masalah yg ringkas seperti mereka yg datang memeriksa kesihatan kerana dapat dilakukan dirumah. Jika ada tanda-tanda yg tidak normal baru mereka ke klinik atau hospital utk pemeriksaan selanjutnya. Dalam masa yg sama dapat mengurangkan beban doctor dan jururawat yg bertugas.Dan akhirnya mereka dapat jalankan tgg jwb dgn kompeten dan telus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin
Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...
-
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung ol...
-
perempuan oh perempuan These are the 9 famous words that women loves to use.. (1) Fine: This is the word women use to end an argument when ...
-
Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...
No comments:
Post a Comment