Wednesday, April 13, 2011

Apakah erti aku seorang graduan nursing uia


Apakah erti aku seorang graduan uia,
apakah maksud graduan? graduan adalah mereka yg telah menamatkan ijazah pertama. graduan juga adalah bersifat terbuka terhadapa ilmu pengetahuan, bebas berbicara ilmu-ilmu dan menerima serti kritik. graduan adalah mereka yg menunjukkan diri mereka berfikiran rasional, boleh membezakan yg baik dan buruk. golongan ini juga di katakan golongan yg berfikiran jauh dan bermotivasi tinggi.

sejauh manakah semua ciri-ciri ini ada pada kita. sejauh manakah kita akan membantu agama dan bangsa kita. sejauh manakah mampi utk kita membela nasib dan membantu golongan yg susah. kebayakkan dari kita adalah berfikiran apabila sudah hbs, kta akan dpt gaji yg tinggi kerana nilai ilmu yg kita belajar selama 6 tahun. namun apaakah nilai itu semua jika kita tidak menilai diri kita dahulu, di mana kita ada dan dimanakah kita dlm mengaplikasikan ilmu itu sendiri. kebanyakkan dari kita hanyalah cemerlang dalam peperikasaan semester. cemerlang cgpa dikatakan cemerlang. tapi adalah itu wujud di dalam diri dan di aplikasikan nya?

Universiti adalah tempat utk mencari ilmu, bukannya di beri ilmu. jika di beri ilmu umpama menyuap nasi kedalam mulut. itulah kesernokan yg ptt ada di universiti dan bukannya menjadi seperti robot yg di bentuk tanpa menggunakan akal dan fikiran. jika beri arahan dan kemudian buat tanpa berfikir. tempat utk melaksanakan peraturan yg ketat itu bknlah unversiti.

pensyarah dan pelajar sama sama mempelajari dan bukannya melenting apabila di tanya soalan. bila di tanya soalan, mereka rasa tercabar seperti pelajar itu kurang ajar. universiti adalah tempat yg terbuka utk mengkritik dan bertanya. pensyarah sepatutnya memetulkan mind set kerna mereka dalam mode universiti atau mode 'tholibun'. universiti bknnya sekolah, universiti adalah medan ilmu, gedung ilmu dan sarang ilmu, stor ilmu. jadi koreklah sarang ini wahai pelajar pelajar.

graduan uia? mereka yg telah mengharungi tempoh pembelajaran selama 6 tahun dan mempunyai ilmu agama yg layak utk memimpin saudara islam yg lain. sepanjang tempoh pengajian, amatlah rugi jika graduan tidak mengambil kesempatan mengisi ilmu agama di dada dgn penuh. sekurang kurangnya mereka menunaikan solat wajib 5 waktu. akhlak dan iman selaras dgn peribadi yg unggul. HATI+AKAL+IMAN=SHABAB Muslim yg Unggul.

to be cont..

No comments:

Post a Comment

Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin

Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...