Monday, August 1, 2011

berhenti sekejap (tama'ninah)

2 bulan aku berada di rumah, adalah tempoh masa di mana selepas tamat belajar yg paling lama aku tak buat apa. hanya duduk di rumah. selama masa ini berjalan, aku hanya duduk di rumah, tidak bekerja. tapi otak yang byk bekerja, berfikir dan muhasabah kembali matlamat hidup. utk siapa hidup ini, apa yg aku ingin kan, siapa yang harus aku ikut menjadi model hidup ini.

merenung kembali zaman persekolahan sek men dahulu yang aku amat gemar membaca buku kisah kisah mengenai wali wali, ulama ulama dan kisah nabi nabi terdahulu. jika itu dulu, sekarang sudah lain. aku sudah tidak byk meluang masa utk membaca buku mengenai itu. aku lebih fokus kepada academic. nilai nilai agama sudah lama tidak kedengaran dalam telinga ini.

kini kehidupan lebih terarah kepada seni. seni hiburan. apakah makna seni hiburan? entah macam mana masyarakat muda sekarang mudah terpedaya dengan popular menjadi artis. bila menjadi artis bangga. aku pun terpedaya sebenarnya, kerana dunia hiburan terlampau ini telah dicipta oleh masyarakat barat sehingga menyebabkan kita terleka dengan alam ciptaan mereka. apa yg kita baca, kita tonton di media di tv, radio, internet adalah semua telah di kawal barat. ada apa dgn popular di dunia jika tidak popular di akhirat. kita perlu kejar popularity di akhirat kawan2. Kita telah di hipnotise oleh barat!!!

kesedaran selama berhenti sekejap selama 2 bln telah membuatkan aku menekan butang reset balik kepada hidup ini mengenai matlamat hidup. adakah utk popular? adakah utk kepuasan semata2? adakah utk nama? sebenarnya hidup ini sepatutnya pengabadian kepada-NYA dan persiapan diri dan keluarga dalam menempuhi akhir zaman yg di katakan akan muncul fitnah Dajjal. Fitnah dajjal bkn cikit, tapi sgt besar dan kuat sehingga nabi pn risau kepada ummat nya dalam menghadapi dajjal, tapi kita ummatnya masih dalam dimensi ciptaan barat (berita dunia,sukan, hiburan, amalan politik,pengurusan economi).

zys

No comments:

Post a Comment

Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin

Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...