Friday, August 27, 2010

JANGAN ENGKAU KAHWINI YANG 6


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".



1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.



2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.



4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.





5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.



Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Tuesday, August 24, 2010

Perlukah berbelanja besar utk kesihatan?



Perlukah berbelanja besar utk bidang kesihatan? terutamanya utk mengubati penyakit? hari ini kita dapat melihat negara kita berdepan dengan masalah economi yg tidak menentu diseluruh dunia. Bagaimanakah utk di salurkan kewangan utk kesihatan jika masalah kewangan global?

Pada hari ini kita perlu realistik dan memandang negara maju sebagai petunjuk utk berhadapan dgn krisis ini. kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesihatan dan pendidikan rakyat nya.Jika tidak di rancang awal-awal, suatu hari nnt negara kita akan menghadapi maslah besar dimana kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsisidi yg besar terhadap bahagian kesihatan. Jesteru harga utk rawatan akan melambung naik dan akan membebankan rakyat. Utk mengelak ini dari terus berlaku, negara perlulah melaksanakan kempen pencegahan terhadap penyakit. Dimana negara yg maju tidak ada maslah dari segi merawat penyakit. Rakyatnya mula mencari pencegahan awal. Utk melaksanakan ini bknlah senang. Antara halangan adalah tahap pendidikan masyarakat dan juga kesedaran.

Pendidikan masyarakat mengenai kesihatan.

Isu pendidikan kepada masyarakt terletak pada bahu jururawat. Kerana jururawat lebih rapat dgn pesakit.Contohnya dalam wad, doctor hanya datang 1 kali atau 2 kali sepanjang shift bekerja. Tetapi jururawat berada bersama pesakit dari mula sampai hbs shift bekerja. Soalan byk diajukan kepada jururawat sepanjang hospital ketika doctor tiada. Contoh, bolehkah makan telor selepas bersalin? soalan ini diajukan kerana doctor jarang bersama mereka. Disini peranan sebagai pendidik atau educator perlu di mainkan seperti jururawat di negara barat.

kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah)set bp ini contoh sahaja

Kembali kepada masalah berbelanja besar, kerajaan hanya perlu berbelanja besar pada mulanya utk langkah pencegahan. Saya memberi contoh mengadakan kempen 1 keluarga 1 bp set (mesin tekanan darah).Supaya kesedaran mengeani bahayanya darah tggi dalam keluarga dapat diterapkan dan seterusnya menjaga kesihatan 1 keluarga. Peranan jururawat amat penting (semasa pemberian secara subsidi bp set) kepada keluarga agar mereka tahu kegunaan dan apakah langkah berjaga (pendidikan kesihatan). Jika dihitung tanpa subsidi dari kerajaan, 1 set bp harga +-RM 200 manakala kos bagi rawatan utk ubt darah tgi, hospital dan pembedahan (komplikasi jantung, buah pgg) melebihi rm 1000. Dan itu adalah harga bg hanya seorang sahaja dlm keluarga berbanding 1 keluarga rm 200.

Jika dibahaskan kerajaan sudah sediakan perkhidmatan klinik di desa. Tidak semua masyarakat mempunyai kemampuan utk ke klinik. Kerana mereka perlukan masa, kepada golongan yg bekerja. Manakala warga emas pula mereka perlukan anak mereka yg bekerja utk menemani ke klinik. Kesedaran utk ke klinik adalah salah 1 masalah di mana mereka perlu menunggu utk bertemu doctor utk memeriksa kesihatan sedang jika di implemen kan 1 keluarga 1 bp set mereka hanya perlu memeriksa dirumah sahaja. Jimat masa, wang dan tenaga. Selain itu, klinik tidak akan sesak lagi dengan masalah-masalah yg ringkas seperti mereka yg datang memeriksa kesihatan kerana dapat dilakukan dirumah. Jika ada tanda-tanda yg tidak normal baru mereka ke klinik atau hospital utk pemeriksaan selanjutnya. Dalam masa yg sama dapat mengurangkan beban doctor dan jururawat yg bertugas.Dan akhirnya mereka dapat jalankan tgg jwb dgn kompeten dan telus.

Wednesday, July 14, 2010

Professional kah wanita jika menjadi ketua?

Kebanyakkan zaman skrg adalah wnita menjadi ketua, pemimpin. Tetapi setakat mana kebolehan mereka? mmg tidak dinafikan mereka layak dan hebat ketika menjadi ketua, tetapi mereka tidak boleh lari dari emosi. kadang2 emosi yg keterlalauan yg tidak kene pada tempat nya. perasaan dengki sesama lain, menjadi seperti vena yg terbesar dlm bdn manusia. senang dikatakan seperti urat yg kuat di batang pokok. buruk sangka antara 1 sama yg lain, walaupun tiada niat apa apa.

Organisasi tidak stabil dan boleh runtuh jika mereka tidak boleh mengawal diri mereka. ,ereka menyatakan mereka benar, betul mereka benar. tapi jgn sampai memburukkan org lain. manusia perlukan toleransi dan manusia bukan robot. MANUSIA di cipta oleh Allah utk berfikir, tolong 1 sama lain. mmg betul ada undang2 dan tatatertib kerja. tapi semua itu perlukan toleransi. tegas perlu ada pada tempatnya. kepada para ketua terutama wanita tolonglah rujuk kembali kepada Rasullullah. bagaimana jadi ketua.

Monday, June 21, 2010

OT

masa praktikal kt ot.. proses pembelajaran informal bermula...huhu



sedation


scrub set

uniform

Saturday, June 19, 2010


melawat OKU (blind)

peluang hanya sekali

Peluang hanya sekali, hm.. pernah ada 1 masa diamana keputusan yg sukar utk dilakukan kerana ia melibatkan perubahan dalam hidup kita. keputusan yg akan mengubah masa depan, kerja apa, tinggal dimana, belajar dimana. tapi aku tak pandai utk melakukan dan memikirkannya. byk kali peluang dtg, tapi skrg nk tunggu dan mencari peluang tu dah tiada. so penyesalan yg ada byk duk pk dlm kepala ni. so, skrg dh boleh fikir, kita kene guna peluang tu setakat yg boleh utk memajukan diri kita pada masa depan. MAlaysia Boleh!!

bingkisan neuro

salam~

cerita alkisah mengenai seorang telah excident lori. mengikut sumber, die keluar waktu pagi sebelum matahari ternit lg. kemudian, die terbaring kt tepi jln, tp lori tedrsebut masuk gaung.. die mengalami pendarahan di otak dan berjaya di selesaikan . cume die mengalami sikap yg agresif dan maslaah utk mengingati saudaranya, termasuk tunangnya. alangkah sedihnya melihat ayahnya pun tidak di kenali, termasuklah adik beradik yg lain.

kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka, begitu kuatnya semangat laki itu kerana mengikut doctor perkembangan dia sgt cepat jika dibanding dgn pesakit yg sama dgnnya. pada pendapat aku mungkin kerana sokongan emosi berterusan membuatkan pesakit improve dgn cepat sekali.

begitu kuat dugaan terhadap psgn ini. tunangnya dtg tiap2 hari walau tidak di kenali olehnya namun tak putus asa. akhirnya rahmat tuhan , mereka di ijabkabulkan pada hujung tahun ini. insyallah..

Sekitar majlis akad nikah dan kenduri kahwin

Alhamdullilah dengan sekali nafas aku telah selamat di ijabkabulkan dengan Isteriku Husna Bt Lutfi pukul 11 pagi pada 11 ogos...